Tuesday, November 22, 2016

VITAGOLD @ VITAMIN GULA-GULA

Assalamualaikum.

Hai uols...

Ahjumma nak tanya uols...

Siapa nak cantik???
Siapa nak gebu gebas???
Siapa nak putih satu badan???
Siapa nak nampak awet muda???

Mesti semua nak kan. Mana ada manusia yang tak nak cantik. Lagi-lagi kalau makhluk yang namanya perempuan. Semuanya nak kelihatan jelita dan muda. Yang muda nak cantik. Yang dah berumur nak juga nampak muda.

Hari ni Ahjummma nak cerita tentang satu produk yang boleh membuatkan uols jadi cantik dan gebu gebas gitu....Tapi jangan salah anggap pula ya, ni bukan ubat. Produk ni hanya pemakanan tambahan yang mengandungi pelbagai nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita untuk menjana kulit dan tubuh yang sihat. Namanya .... VITA GOLD @ Vitamin gula-gula.

VITA GOLD ni pernah masuk Utusan Malaysia Tau...


Ya sayang, bukan muka aje yang putih gebu, tapi satu badan akan jadi putih gebu kalau uols amalkan pengambilan vitamin ni secara istiqomah. 

Yesss...istiqomah ya akak-akak. Bukan la ouls makan hari ni esok terus glowing gitu. Yang tu Ahjumma tak jamin ya. Kena la ambik masa. Bergantung kepada tindak balas tubuh uols la kan. Ada yang cepat cepat je dah nampak perubahannya. Ada tu mungkin lambat sikit. Kan, Ahjumma dah cakap nak cantik ni kena la bersabar dan terus berusaha. Yang penting istiqomah.

Mesti uols tertanya-tanyakan...
Ahjumma kenapa panggil VITA GOLD ni vitamin gula-gula ek?
Ha...mai sini Ahjumma nak habaq kat hang pa. Apa la sebenarnya VITA GOLD aka vitamin gula-gula ni.

Macam mana rupa VITA GOLD ni ek???

Ianya berbentuk serbuk. Rupanya sama macam serbuk perasa air minuman. Kerana ianya tidak berbentuk tablet, kapsul atau pil, maka VITA GOLD ini dikatogerikan sebagai makanan dan bukannya ubat. Malah tiada kandungan ubat-ubatan di dalamnya. VITA GOLD hanya mengandungi  nutrisi berkhasiat yang berasaskan makanan dari alam semulajadi. Nama pun vitamin gula-gula kan.

VITA GOLD ni beri gelaran vitamin gula-gula kerana rasanya yang sedap dan manis seperti gula-gula. Kalau uols makan VITA GOLD ni, uols tak rasa pun macam makan vitamin, sebab rasanya sangat sedap. Cam kata Dato Alif tu, Terlajak sedapppp..... Dan yang bestnya juga harganya pula terlajakkkk murahhhh.... Memang berbaloi-baloi kalau uols amalkan VITA GOLD ni. Dah sedap, murah, dan banyak pula fungsinya untuk kecantikan uols.


Harga sebotol RM30/90gm
Postage RM8

Beli 4 botol/Free postage.
Mesti uols macam tak percaya kan. Betul ke harga tu. Tak salah tulis ke. Atau saya salah baca ker... Memang betul...itu la harga VITA GOLD. Ya la...sebotol boleh guna 2 bulan tau. Kalau uols makan ikut sukatan la. Tapi kalau uols balun lebih...sendiri mau ingat la ya. Cepat le habisnya.

Terlajak murahhhhh.....
Mana nak cari lagi harga produk kecantikan yang murah cam ni.


Macam mana cara makan VITA GOLD?...

Senang sangat uols, ambil satu sudu VG ni (sudu telah disediakan dalam setiap botol) sebelum tu jangan lupa baca la apa-apa yang korang patut baca, suap dalam mulut korang. Lepas tu kemam-kemam dan telan. Makan 2 kali sehari pagi dan malam. Jangan risau...sedap tau!!!.... Silap-silap tak cikup satu sudu tu. Nak je suap lagi satu sudu.
#Kemam-kemam comey lotey...

Nota: 
Sebaik-baiknya ambil VG sebaik bangun dari tidur, sebelum gosok gigi. Kerana enzim dalam mulut selepas bangun tidur dapat membantu meningkatkan imuniti dan  kesihatan tubuh.

  Nanti!!!..
Bukan boleh makan jer VG ni...
Boleh juga djadikan masker kat muka
Caranya:
Selepas cuci muka, biarkan muka basah. Ambik sedikit VG, lalu ratakan pada muka uols. Biarkan kering selama 20 - 30 minit baru bilas muka dengan air yang bersih.
Uols akan dapat rasakan kelembutan pada kulit wajah selepas memaskerkan wajah uol dengan VG ni.
Tak caya.... Cuba la dulu.






Eh,eh...kenapa ada yang baru dan yang lama tu.
Sebenarnya pada permulaan dulu pihak pengeluarnya  VGR memberikan nama B'skin Booster. Tapi banyak kekeliruan berlaku. Ramai yang tertanya-tanya apa Bskin Booster tu. Mereka tak boleh nak bayangkan yang Bskin Booster ni adalah pemakanan bervitamin. Mereka selalu ingatkan Bskin Booster ni ialah alat atau mesin jer.

Jadinya...selepas 6 bulan dikeluarkan, pihak VGR (Viella Global Recources) mengambil keputusan untuk membuat pembungkusan baharu dengan nama yang baharu dan kandungan nutrisi yang lebih berkhasiat . Maka lahir lah VITA GOLD @ vitamin gula-gula.

Ala...Ahjumma ni, asyik membebel jeee!!!
Jangan marah Dik Nun...Ahjumma ni bukan apa, nak bagi penerangan tentang produk ni. Ni kan produk baharu, tentu la uols nak tau juga hal-hal yang berkaitan dengan VITA GOLD ni. Tak de la nanti uols tertanya-tanyakan, apa la bendanya VITA GOLD tu.
Apa khasiat VITAGOLD yang Ahjuma canang-canangkan sangat best giler tu...
Cer ceta...cer ceta....

Jeng...jeng...jeng...
Ni la part yang paling uols nak taukan?
Apa yang berlaku kat uols kalau ambil VITA GOLD ni secara berterusan,
Pelaburan yang hanya RM30 sebotol uols akan dapat semua di bawah ini...


KHASIAT VITA GOLD @ VITAMIN GULA-GULA:

1.   Menghaluskan dan melicinkan kulit secara menyeluruh.

2.   Mengecilkan pori-pori kulit wajah.

3.   Menjadikan tona kulit cerah dan sekata pada seluruh badan  

4.   Melembabkan kulit di seluruh badan.

5.   Memulihkan rekahan pada tumit kaki.

6.   Memudarkan dan menghilang jeragat.

7.   Mengurangkan dan menghilangkan masalah resdung dan alergi

8.   Mencegah kekeringan pada kulit.

9.   Mengelak berlakunya pembekuan darah dan lebam.

10. Meningkatkan imuniti badan dan mengurangkan dijangkiti selesema.

11. Mencerahkan penglihatan.

12. Membantu tubuh menyerap lebih zat besi dan kalsium.

13. Membantu sistem penghadaman tubuh.

14. Membantu saluran pencernaan.

15. Mencegah masalah cirit-birit atau tidak keselesaan perut.

16. Meningkatkan proses detoxification atau nyah-toksin dalam badan.

17. Bertindak sebagai agen pembersi darah.

18. Mencegah kekejangan.

19. Melegakan demam selesema dan mengurangkan rasa loya/mual.

20. Sebagai agen penyejuk badan.

21. Melegakan batuk dan lelah.

22. Merawat kulit bermasalah seperti jerawat, kusam @ kering dan berminyak.


Siapa yang sesuai untuk ambil VITA GOLD ni???..

1.  Perempuan/lelaki

2. Kanak-kanak/dewasa.

3. Ibu menyusu/berpantang.

Amaran: Bagi wanita hamil dan pesakit kronik yang mengambil ubat doktor, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil produk ini.



Bagus Sangat VITA GOLD ni...
Apa Kandungannya?...

1.  ASTAXANTHIN   
     Merupakan zat yang mengandungi lebih tinggi anti-oksidan berbanding vitamin E. Ianya terkandung beta-karotina, selenium, zeaxanthin, dan vitamin E,C dan D. Anti-oksidan yang termasuk golongan karotenoid ini mempunyai kekuatan 550 kali lebih kuat dari Vitamin E, 40 kali lebih kuat dari beta karoten dan 6000 kali lebih kuat dari Vitamin C. 

           Sumber utama astaxanthin adalah ikan salmon atau telur ikan salmon. Astaxanthin juga boleh dip[erolehi daripada hidupan laut lain seperti udang kara dan planton. Kandungan astaxanthin ini yang menyebabkan warna udang kara, lobster dan isi ikan salmon berwarna merah.

KHASIAT ASTAXANTHIN

Mengenyah radikal bebas dari dalam tubuh
Mencegah sel-sel barah
Melambatkan proses penuaan dan kedutan kulit
Mencerahkan kulit
Menjaga kesihatan mata
Membersihkan sel-sel tubuh
Mengurangkan rasa sakit dan keradangan
Menghilangkan kelesuan
Menguatkan akar rambut
Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular



2.  VITAMIN C
Sumber utama vitamin C adalah daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Namun demikian, diet sayur dan buah yang kita ambil setiap hari biasanya tidak mencukupi untuk membekalkan zat vitamin C kepada tubuh. Ini yang menyebabkan badan uols mudah terkena selesema dan kulit menjadi kusam. Kekurangsn vitamin C yang serius akan menyebabkan penyakit skurvi. Penyakit ini menyebabkan gusi berdarah, badan menjadi lemah, anemia dan kehilangan gigi yang awal dari sepatutnya.
Sumber vitamin utama dalam VITA GOLD adalah dari buah-buahan seperti honey dew, strawberi dan epal. 

KHASIAT VITAMIN C

Meningkatkan imunisasi/ Daya tahan badan
Mengurangkan risiko demam dan alergi
Merendahkan tekanan darah tinggi
Meningkatkan pengaliran darah
Membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah
Membantu mengurangkan berat badan dan menstabilkannya
Mengatasi tekanan dan mengawal paras tekanan, horman dan kartisol
Mengurangkan risiko penyakit katarak
Meningkatkan tenaga dalam badan
Mengurangkan risiko barah
Mengurangkan risiko penyakit kardiovarkular
Membantu penghasilan kolagen secara semulajadi dalam tubuh
Melindungi kulit dari menjadi cela dan kering akibat kesan matahari.
Mempercepat penyembuhan luka.
Melawan kelemumur
Melebat dan mengurangkan rambut gugur
Mengurangkan risiko rambut beruban 



3.  GLUTATHIONE
Merupakan protin semulajadi yang dapat melindungi setiap sel, jaringan sel dan organ badan dari radikal bebas, racun dan penyakit. Sumber utama glutathian adalah daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.


KHASIAT GLUTATHIONE

Mencerahkan kulit
Mengekalkan kekenyalan kulit
Memudarkan kedutan pada kulit wajah
Menmghaluskan tektur kulit
Melembabkan kulit
Menningkatkan kesihatan rambut dan kuku
Menjadi agen anti-oksidan
Melambatkan proses penuaan
Meningkatkan sistem imunisasi tubuh


4.  ROSEHIP
Adalah sari daripada buah bunga mawar. Warnanya kemerahan-oren terhasil setelah bunga mawar sudah cukup matang. Rosehip merupakan salah satu sumber tanaman terkaya mengandungi vitamin C yang terdiri daripada 80 peratus lemak esential, vitamin A dan B. Rosehip juga mengandingi anti-oksidan yang tinggi seperti flavinoid, popyhenols, leucoanthocyanins dan catechins untuk mengubati infuenza, cirit-birit dan sakit sendi. Rosehip juga merupakan sumber vitamin C 50 kali ganda daripada buah oren.


KHASIAT ROSEHIP

Merangsang penghasilan sel-sel kulit yang baharu
Memperbaiki luka dan parut
Menganjalkan kulit
Mencegah kedutan
Melembabkan kulit
Mengatasi masalah sembelit/cirit-birit
Membantu masalah rheumatiiod athritis (kerandangan sendi)


5. SERBUK MUTIARA
Sejak ribuan tahun  yang lalu, mutiara dipercayai berkhasiat untuk kecantikan. Menurut cerita masyarakat di negeri China dahulu kala menyatakan puteri-puteri raja China telah meminum serbuk mutiara untuk tujuan kecantikan. Masyarakat mesir juga percaya, Cleopatra juga mengamalkan mandian susu yang dicampur dengan serbuk mutiara untuk tujuan yang sama. Arakian, sehingga hari ini masyarakat China masih mengamalkan sebuk mutiara sebagai agen kecantikan mereka.


KHASIAT SERBUK MUTIARA

Membantu melambatkan pembentukan melamin untuk mengrkalkan  kulit yang cerah
Mengecilkan pori-pori
Menghaluskan kulitMenyembuhkan kulit akibat sinar ultra ungu
Melembabkan kulit secara semulajadi
Mengurangkan jeragat dan jerawat


6. SEL STEM EPAL DAN ANGGUR
Sel stem tumbuhan  sebagai medium kecantikan dan perubatan merupakan penemuan yang agak baru juga dalam dunia perubatan dan kecantikan.  Hasil kajian daripada pakar perubatan seperti Dr  Fred Zulli daripada Switzerland mendapati, sejenis buah epal yang dipanggil Utwiller Spautluber mampu menghasilkan sel stem yang dapat merawat dan menambah sel stem baru dalam tubuh manus


Manakala sel stem anggur pula, dikenali sebagai  anggur Gamay Teniturier Freaux. Gamay ialah  sejenis anggur dari daerah Burgundy, Perancis. Ia Mengandungi kandungan antioksidan yang sangat berkesan dan merupakan penyingkir radikal bebas untuk perlindungan uv.

KHASIAT SEL STEM

Merawat sel 
Menambahkan sel dalam badan
Mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik
Melembab dan menghaluskan kulit
  Membantu menyerap kolagen dalam tubuh
Merangsang badan menghasilkan kolagen sendiri
Membantu daya tahan tubuh melawan penyakit


7. HONEYDEW

Buah yang mengandungi banyak nutrien penting yang memberikan manfaat untuk kesihatan. Tambahan dengan rasa yang manis dan enak, pasti berbaloi untuk menigkatkan kecantikan.

KHASIAT HONEYDEW



                        








TESTIMONI DARIPADA PENGGUNA:


























Disclaimer: VITA GOLD bukan ubat. Ianya tidak untuk merawat atau menyembuhkan atau mendiskripsikan sebarang penyakit.




Tuesday, August 16, 2016

Bersabar Menghadapi Penyakit

Anyooong...
Assalamualaikum oulss...
Amacam hari ini. Ok ke semua. 
Ahjumma?...Macam ni la ok jer. Kalau tak ok tak denya boleh menyembang dengan korang.

Apa topik kita hari ni ya...
Ooo....Ahjumma dah ingat. entri sebelum ni Ahjumma ada cakap nak kongsi cara untuk kawal tekanan darah tinggi kan.

Tapi sebelum tu, Ahjumma nak bercerita berdasarkan pengalaman Ahjumma sendiri.
Selepas bersalin anak kedua, doktor dah sahkan Ahjumma mengalami tekanan darah tinggi semulajadi. Maksudnya memang penyakit darah tinggi yang sebenar, bukana kerana kesan daripada penyakit-penyakit yang lain. (Ada juga penyakit darah tinggi ni disebabkan kesan daripada penyakit lain seperti penyakit kerana kerosakan buah pinggang). Penyakit darah tinggi ni akan kekal dan perlu dikawal dengan ubat-ubatan dan diet harian. Dengan lain perkataan Ahjumma perlu makan ubat seumur hidup untuk kawal tekanan darah.

Untuk pengetahuan korang, kalaulah diri kita ni dah disahkan oleh doktor mengalami apa-apa penyakit yang kronik mesti kita rasa sedih, marah, takut, kesal dan macam-macam lagi. Mesti pelbagai perasaan tu akan menghantui diri si pesakit. Siang dan malam.

Ahjumma sendiri tidak dapat lari daripada mengalami pelbagai perasaan yang bercampur baur begitu. Sekejap rasa sedih macam nak nangis. Sedih kalau ditakdirkan Ahjumma mati, siapa nak jaga anak-anak Ahjumma yang masih kecik tu. Sekejap rasa nak marah, kenapa la Ahjumma tak mampu nak kawal penyakit yang ada kat dalam diri sendiri. Kadang-kadang rasa kesal, kenapalah Ahjumma yang kena? Kenapa bukan orang lain???...

Ada masanya datang rasa takut. Takut...kalau Ahjumma mati sekarang, apa yang aku nak bawa masuk kubur nanti. Apa amalan yang aku dah buat. Cukup ke apa yang aku ada ni untuk dibawa ke kubur nanti. "Ya, Allah...ampunkan dosa-dosa aku. Berikan aku kesempatan untuk bertaubat. Berilah aku peluang untuk membesarkan anak-anak aku. Kasihanilah aku dan keluarga aku." Itulah doa Ahjumma setiap hari.

Hampir setiap malam, tidur tidak pernah lena. Macam-macam yang difikirkan. Kalau dapat terlena sekejap, mimpi pula yang menakutkan. Ahjumma pada masa tu selalu bermimpi tentang kematian diri sendiri dan ahli keluarga. Kalau dah terjaga tengah malam, mula rasa sesak nafas dan dada berdebar-bedar. Jantung berdenyut laju. Confirm masa tu tekanan darah akan naik dan kepala mula rasa berat dan sakit.


Stressssssss.....
Memang stres sesangat.
Tersangat stresssss...

Mujur la En Suami sangat memahami. Dia yang banyak memberikan semangat untuk Ahjumma berjuang. Kalau tak kerana En Suami dan anak-anak, tentu Ahjumma tak sekuat sekarang. Ibu kandung Ahjumma dah lama takde. Jadi hanya suami dan anak-anak aje la tempat untuk bergantung  hidup. 
Memang la ada juga mulut longkang yang bersuara, ala setakat darah tinggi je. Tu pun kecoh sangat. Tu pun nak stress sangat. Bukan kena kanser punnn....Cuba la penyakit tu kena kat korang. Apa korang rasa?...seronok ke, gembira ke.. 
Tau kenapa? Cik akak ooi... cuba baca surat khabar, majalah, tengok berita kat TV, berapa ramai yang dah mati akibat tekanan darah tinggi dan penyakit yang seangkatan dengannya. Sebab tu la, kerajaan berkempen besar-besaran supaya rakyat dapat mencegah penyakit tekanan darah tinggi. 

Semua yang Ahjumma cerita kat atas tu kisah dulu-dulu. kisah 15 tahun dulu. Masa mula-mula Ahjumma mendapat penyakit tekanan darah tinggi.
Namun bukan itu sahaja. tekanan darah tinggi hanya permulaan daripada episod penyakit-penyakit Ahjumma yang lain.
Susulan daripada itu beberapa penyakit lain menyusul menyerang Ahjumma. Maka bermula la adengan keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit lain seperti fibroid, masalah saraf, masalah jantung, diabetes, masalah buah pinggang dan masalah hati.

Banyaknya penyakit Ahjumma ni. Betul ke tu?...


Korang tengok la sendiri jadual temu janji ni. Sekejap kat klinik ortho, sekejap kat cardio, sekejap gynae. Meriahkan 

Mesti korang macam tak percayakan. Tapi itulah kenyataannya. Dah nasib Ahjumma. Terima aje la takdir tu. Namum demikian Ahjumma tak putus asa. 
Ahjumma tetap berusaha untuk mencari jalan untuk sihatkan diri dan dapat hidup seperti orang lain yang bebas penyakit.

Alamak!!!...lari tajuk pula. Maaf la korang. Lain kali la Ahjumma cerita camne Ahjumma dapat kawal penyakit dan stress.

Tata titu tutu...
Assalamualaikum.




Wednesday, August 10, 2016

Nak Sihat Kena Jaga, Nak Cantik Kena Usaha.

Hai uolls... Assalamualaikum.

Harap-harap korang pun sihat la ya. Ahjumma Insya Allah sihat. Alhamdulillah kalau uolls pun sihat macam Ahjumma.

Mesti korang tertanya-tanya siapa Ahjumma ni kan....

Ahjumma perempuan biasa macam uolls juga. Tak de yang istimewa pun. Sama aje dengan ahjumma-ahjuma yang lain.

Umur Ahjumma???... dah nak masuk 5 siri. Tahun ni last 40's. Tahun depan setengah abad la usia Ahjumma kat atas muka bumi ni.

Dah kawin???... Udah le uolls. Anak ada tiga orang. Tu pun dah besar panjang.
Dah banyak masa terluang kat rumah. Tu yang boleh tulis kat blog, sembang-sembang  dengan korang. Kadang-kadang duduk rumah sorang-sorang boring juga. Ni yang buat blog nak try test kot-kot boleh jadi blogger. Haha...berangan la kau Ahjumma. Ada ke orang nak baca blog kau ni???

Harap-harap ada la ya. Nanti kita boleh share macam-macam kat sini petua-petua nak jadi sihat dan cantik. Kita main masak-masak pun boleh. Jalan-jalan cari makan pun hobi Ahjumma gak tu. Kita sembang apa-apa aje la yang kita suka asalkan tak berdosa dan tak salah di sisi undang-undang negara.

Mana lebih penting, sihat atau cantik???... 
Korang rasa... yang mana korang utamakan.
Ada orang nak sihat aje, tak cantik pun tak apa. Ada pendapat lain kata cantik lebih penting daripada segalanya. Sakit ke, sihat ke mesti nak nampak cantik juga.

Tak percaya!!!...
Tengok Che Ta yang dah come lote tu pun masih lagi nak mekap bagai, walaupun dah nak masuk labour room. Tetap nak cantik dan vogue gitu.
Bertuah Zain dapat isteri cun cam Che Ta...

Masa Ahjumma nak masuk labour room dulu, usah kata nak mekap, nak makan pun dah tak lalu. Masuk labour room perut kosong. Lapar....tapi dah hilang selera makan dek menanggung sakit.

Bagi Ahjumma dua-dua tu kena seimbang. Sihat penting. Cantik pun perlu.
Tapi mana yang lebih didahulukan???.

Pendapat  Ahjumma secara peribadi kita kena sihat dulu baru boleh jadi cantik. Kalau dah sakit, muka pucat macam mayat, jalan macam nenek 90 tahun, terbongkok-bongkok. Dah nak datang cantiknya kat mana. Jadinya korang kena jaga kesihatan dulu. Kalau dah sihat, baru la usaha nak cantikkan diri. Hati senang, fikiran pun lapang.

Nak sihat kena la jaga badan. Kalau korang dilahirkan sentiasa sihat sehingga umur korang sekarang, itu dah dikira sebagai satu anugerah yang korang kena syukuri. Bukan semua orang lahir sihat walaafiaat. Ada yang sejak lahir lagi dah ada macam-macam masalah kesihatan. Ramai juga yang sakit apabila usia dah semakin meningkat.

Dalam dunia ni ada macam-macam jenis penyakit yang kita dah biasa dengar.  Ada juga penyakit yang bila kita dengar rasa pelik dan tak terfikir dek akal manusia kita ni, wujudnya penyakit sebegitu.

Ahjumma pun bukan dari golongan bertuah yang tidak pernah dapat penyakit. Walau pun masa kanak-kanak dan remaja dulu Ahjumma sihat, tapi bila menginjak usia dewasa macam-macam pula penyakit yang hinggap. Doktor cakap mungkin faktor genetik. Penyakit keturunan.

Tapi Ahjumma yakin, itu takdir Ahjumma yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Ahjumma kena redho. Walaupun Ahjumma redho, namun Ahjumma tetap berusaha mencari penawar dan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital. Tak kurang juga mencuba pelbagai rawatan alternatif. Ahjumma tidak putus asa. Ahjumma percaya setiap penyakit ada ubatnya kecuali penyakit tua dan mati.

Masa umur Ahjumma 26 tahun, doktor sahkan Ahjumma mengalami tekanan darah tinggi yang agak kronik. Ini berlaku peringkat awal Ahjumma mengandungkan anak nombor 2. Kena pergi buat medical check-up setiap minggu.

Tekanan darah tidak pernah bawah daripada 120/80. Kadang-kadang kena warded sebab tekanan darah melebihi 140/90. Sampai bersalin, itulah rutin mingguan Ahjumma. Pergi check-up dan masuk wad tu dah jadi biasa. Tengok sendiri la, kalau dah bp naik sampai 160/110 memang menakutkan dik. Ikut aje la arahan doktor. Bermalam kat wad pun, redho je la....


Korang tengok kat tarikh 23/7/1996: Tekanan darah naik sampai 160/110.
Lepas bersalin ingatkan settle la masalah. Rupa-rupanya makin teruk. Masa dalam pantang tekanan darah kadang-kadang naik sampai 170/110. Terus kena tahan masuk wad. Kesian kat En Suami dan anak-anak. Kerjanya ikut Ahjumma keluar masuk wad. Nasib baik la klinik tu dekat aje dengan rumah kita orang.

Kalau dah ada masalah tekanan darah tinggi ni memang susah nak kawal. Makan lebih makanan tertentu tekanan darah cepat je naik. Ada masanya Ahjumma hanya makan nasi dengan ikan bakar sahaja. Tapi kalau terlebih pantang, sampai kurang pula gula dalam darah. Badan jadi lemah. Susahnya nak kontrol tekanan darah ni...Lama juga menderita, baru dapat cari penawar yang berkesan.

Alhamdulillah. Sekarang Ahjumma dapat kawal tekanan darah tu. Tekanan darah setakat ni ok. Tidak naik lebih daripada 120/80. Cuma kadang-kadang kalau penat sangat, naik juga la 130/90. Tapi doktor cakap bacaan tu masih terkawal. 

Sekarang Ahjumma dah jadi pesakit contoh (ceh wah...perasan la tu kena puji oleh doktor). Doktor pakar cakap, result Ahjumma boleh menaikkan KPI klinik kesihatan tempat Ahjumma selalu buat rawatan. (Maklum la, Ahjumma tinggal kat bandar kecil je. Tak de hospital. Hanya ada klinik kesihatan daerah je dik)

Walau pun dah ok, tapi Ahjumma tetap ikut jadual rawatan susulan di klinik tersebut. Tak boleh ponteng tau, bahaya!!!...
Makan ubat tak boleh culas.

Nak tau cam mana Ahjumma boleh kawal tekanan darah tu...


Tunggu entri yang seterusnya...


Jumpa lagi ya....bye-bye.

Assalamualaikum.