Wednesday, August 10, 2016

Nak Sihat Kena Jaga, Nak Cantik Kena Usaha.

Hai uolls... Assalamualaikum.

Harap-harap korang pun sihat la ya. Ahjumma Insya Allah sihat. Alhamdulillah kalau uolls pun sihat macam Ahjumma.

Mesti korang tertanya-tanya siapa Ahjumma ni kan....

Ahjumma perempuan biasa macam uolls juga. Tak de yang istimewa pun. Sama aje dengan ahjumma-ahjuma yang lain.

Umur Ahjumma???... dah nak masuk 5 siri. Tahun ni last 40's. Tahun depan setengah abad la usia Ahjumma kat atas muka bumi ni.

Dah kawin???... Udah le uolls. Anak ada tiga orang. Tu pun dah besar panjang.
Dah banyak masa terluang kat rumah. Tu yang boleh tulis kat blog, sembang-sembang  dengan korang. Kadang-kadang duduk rumah sorang-sorang boring juga. Ni yang buat blog nak try test kot-kot boleh jadi blogger. Haha...berangan la kau Ahjumma. Ada ke orang nak baca blog kau ni???

Harap-harap ada la ya. Nanti kita boleh share macam-macam kat sini petua-petua nak jadi sihat dan cantik. Kita main masak-masak pun boleh. Jalan-jalan cari makan pun hobi Ahjumma gak tu. Kita sembang apa-apa aje la yang kita suka asalkan tak berdosa dan tak salah di sisi undang-undang negara.

Mana lebih penting, sihat atau cantik???... 
Korang rasa... yang mana korang utamakan.
Ada orang nak sihat aje, tak cantik pun tak apa. Ada pendapat lain kata cantik lebih penting daripada segalanya. Sakit ke, sihat ke mesti nak nampak cantik juga.

Tak percaya!!!...
Tengok Che Ta yang dah come lote tu pun masih lagi nak mekap bagai, walaupun dah nak masuk labour room. Tetap nak cantik dan vogue gitu.
Bertuah Zain dapat isteri cun cam Che Ta...

Masa Ahjumma nak masuk labour room dulu, usah kata nak mekap, nak makan pun dah tak lalu. Masuk labour room perut kosong. Lapar....tapi dah hilang selera makan dek menanggung sakit.

Bagi Ahjumma dua-dua tu kena seimbang. Sihat penting. Cantik pun perlu.
Tapi mana yang lebih didahulukan???.

Pendapat  Ahjumma secara peribadi kita kena sihat dulu baru boleh jadi cantik. Kalau dah sakit, muka pucat macam mayat, jalan macam nenek 90 tahun, terbongkok-bongkok. Dah nak datang cantiknya kat mana. Jadinya korang kena jaga kesihatan dulu. Kalau dah sihat, baru la usaha nak cantikkan diri. Hati senang, fikiran pun lapang.

Nak sihat kena la jaga badan. Kalau korang dilahirkan sentiasa sihat sehingga umur korang sekarang, itu dah dikira sebagai satu anugerah yang korang kena syukuri. Bukan semua orang lahir sihat walaafiaat. Ada yang sejak lahir lagi dah ada macam-macam masalah kesihatan. Ramai juga yang sakit apabila usia dah semakin meningkat.

Dalam dunia ni ada macam-macam jenis penyakit yang kita dah biasa dengar.  Ada juga penyakit yang bila kita dengar rasa pelik dan tak terfikir dek akal manusia kita ni, wujudnya penyakit sebegitu.

Ahjumma pun bukan dari golongan bertuah yang tidak pernah dapat penyakit. Walau pun masa kanak-kanak dan remaja dulu Ahjumma sihat, tapi bila menginjak usia dewasa macam-macam pula penyakit yang hinggap. Doktor cakap mungkin faktor genetik. Penyakit keturunan.

Tapi Ahjumma yakin, itu takdir Ahjumma yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Ahjumma kena redho. Walaupun Ahjumma redho, namun Ahjumma tetap berusaha mencari penawar dan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital. Tak kurang juga mencuba pelbagai rawatan alternatif. Ahjumma tidak putus asa. Ahjumma percaya setiap penyakit ada ubatnya kecuali penyakit tua dan mati.

Masa umur Ahjumma 26 tahun, doktor sahkan Ahjumma mengalami tekanan darah tinggi yang agak kronik. Ini berlaku peringkat awal Ahjumma mengandungkan anak nombor 2. Kena pergi buat medical check-up setiap minggu.

Tekanan darah tidak pernah bawah daripada 120/80. Kadang-kadang kena warded sebab tekanan darah melebihi 140/90. Sampai bersalin, itulah rutin mingguan Ahjumma. Pergi check-up dan masuk wad tu dah jadi biasa. Tengok sendiri la, kalau dah bp naik sampai 160/110 memang menakutkan dik. Ikut aje la arahan doktor. Bermalam kat wad pun, redho je la....


Korang tengok kat tarikh 23/7/1996: Tekanan darah naik sampai 160/110.
Lepas bersalin ingatkan settle la masalah. Rupa-rupanya makin teruk. Masa dalam pantang tekanan darah kadang-kadang naik sampai 170/110. Terus kena tahan masuk wad. Kesian kat En Suami dan anak-anak. Kerjanya ikut Ahjumma keluar masuk wad. Nasib baik la klinik tu dekat aje dengan rumah kita orang.

Kalau dah ada masalah tekanan darah tinggi ni memang susah nak kawal. Makan lebih makanan tertentu tekanan darah cepat je naik. Ada masanya Ahjumma hanya makan nasi dengan ikan bakar sahaja. Tapi kalau terlebih pantang, sampai kurang pula gula dalam darah. Badan jadi lemah. Susahnya nak kontrol tekanan darah ni...Lama juga menderita, baru dapat cari penawar yang berkesan.

Alhamdulillah. Sekarang Ahjumma dapat kawal tekanan darah tu. Tekanan darah setakat ni ok. Tidak naik lebih daripada 120/80. Cuma kadang-kadang kalau penat sangat, naik juga la 130/90. Tapi doktor cakap bacaan tu masih terkawal. 

Sekarang Ahjumma dah jadi pesakit contoh (ceh wah...perasan la tu kena puji oleh doktor). Doktor pakar cakap, result Ahjumma boleh menaikkan KPI klinik kesihatan tempat Ahjumma selalu buat rawatan. (Maklum la, Ahjumma tinggal kat bandar kecil je. Tak de hospital. Hanya ada klinik kesihatan daerah je dik)

Walau pun dah ok, tapi Ahjumma tetap ikut jadual rawatan susulan di klinik tersebut. Tak boleh ponteng tau, bahaya!!!...
Makan ubat tak boleh culas.

Nak tau cam mana Ahjumma boleh kawal tekanan darah tu...


Tunggu entri yang seterusnya...


Jumpa lagi ya....bye-bye.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment