Assalamualaikum oulss...
Amacam hari ini. Ok ke semua.
Ahjumma?...Macam ni la ok jer. Kalau tak ok tak denya boleh menyembang dengan korang.
Apa topik kita hari ni ya...
Ooo....Ahjumma dah ingat. entri sebelum ni Ahjumma ada cakap nak kongsi cara untuk kawal tekanan darah tinggi kan.
Tapi sebelum tu, Ahjumma nak bercerita berdasarkan pengalaman Ahjumma sendiri.
Selepas bersalin anak kedua, doktor dah sahkan Ahjumma mengalami tekanan darah tinggi semulajadi. Maksudnya memang penyakit darah tinggi yang sebenar, bukana kerana kesan daripada penyakit-penyakit yang lain. (Ada juga penyakit darah tinggi ni disebabkan kesan daripada penyakit lain seperti penyakit kerana kerosakan buah pinggang). Penyakit darah tinggi ni akan kekal dan perlu dikawal dengan ubat-ubatan dan diet harian. Dengan lain perkataan Ahjumma perlu makan ubat seumur hidup untuk kawal tekanan darah.
Untuk pengetahuan korang, kalaulah diri kita ni dah disahkan oleh doktor mengalami apa-apa penyakit yang kronik mesti kita rasa sedih, marah, takut, kesal dan macam-macam lagi. Mesti pelbagai perasaan tu akan menghantui diri si pesakit. Siang dan malam.
Ahjumma sendiri tidak dapat lari daripada mengalami pelbagai perasaan yang bercampur baur begitu. Sekejap rasa sedih macam nak nangis. Sedih kalau ditakdirkan Ahjumma mati, siapa nak jaga anak-anak Ahjumma yang masih kecik tu. Sekejap rasa nak marah, kenapa la Ahjumma tak mampu nak kawal penyakit yang ada kat dalam diri sendiri. Kadang-kadang rasa kesal, kenapalah Ahjumma yang kena? Kenapa bukan orang lain???...
Ada masanya datang rasa takut. Takut...kalau Ahjumma mati sekarang, apa yang aku nak bawa masuk kubur nanti. Apa amalan yang aku dah buat. Cukup ke apa yang aku ada ni untuk dibawa ke kubur nanti. "Ya, Allah...ampunkan dosa-dosa aku. Berikan aku kesempatan untuk bertaubat. Berilah aku peluang untuk membesarkan anak-anak aku. Kasihanilah aku dan keluarga aku." Itulah doa Ahjumma setiap hari.
Hampir setiap malam, tidur tidak pernah lena. Macam-macam yang difikirkan. Kalau dapat terlena sekejap, mimpi pula yang menakutkan. Ahjumma pada masa tu selalu bermimpi tentang kematian diri sendiri dan ahli keluarga. Kalau dah terjaga tengah malam, mula rasa sesak nafas dan dada berdebar-bedar. Jantung berdenyut laju. Confirm masa tu tekanan darah akan naik dan kepala mula rasa berat dan sakit.
Stressssssss.....
Memang stres sesangat.
Tersangat stresssss...
Mujur la En Suami sangat memahami. Dia yang banyak memberikan semangat untuk Ahjumma berjuang. Kalau tak kerana En Suami dan anak-anak, tentu Ahjumma tak sekuat sekarang. Ibu kandung Ahjumma dah lama takde. Jadi hanya suami dan anak-anak aje la tempat untuk bergantung hidup.
Memang la ada juga mulut longkang yang bersuara, ala setakat darah tinggi je. Tu pun kecoh sangat. Tu pun nak stress sangat. Bukan kena kanser punnn....Cuba la penyakit tu kena kat korang. Apa korang rasa?...seronok ke, gembira ke..
Tau kenapa? Cik akak ooi... cuba baca surat khabar, majalah, tengok berita kat TV, berapa ramai yang dah mati akibat tekanan darah tinggi dan penyakit yang seangkatan dengannya. Sebab tu la, kerajaan berkempen besar-besaran supaya rakyat dapat mencegah penyakit tekanan darah tinggi.
Semua yang Ahjumma cerita kat atas tu kisah dulu-dulu. kisah 15 tahun dulu. Masa mula-mula Ahjumma mendapat penyakit tekanan darah tinggi.
Namun bukan itu sahaja. tekanan darah tinggi hanya permulaan daripada episod penyakit-penyakit Ahjumma yang lain.
Susulan daripada itu beberapa penyakit lain menyusul menyerang Ahjumma. Maka bermula la adengan keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit lain seperti fibroid, masalah saraf, masalah jantung, diabetes, masalah buah pinggang dan masalah hati.
Banyaknya penyakit Ahjumma ni. Betul ke tu?...
![]() |
| Korang tengok la sendiri jadual temu janji ni. Sekejap kat klinik ortho, sekejap kat cardio, sekejap gynae. Meriahkan |
Mesti korang macam tak percayakan. Tapi itulah kenyataannya. Dah nasib Ahjumma. Terima aje la takdir tu. Namum demikian Ahjumma tak putus asa.
Ahjumma tetap berusaha untuk mencari jalan untuk sihatkan diri dan dapat hidup seperti orang lain yang bebas penyakit.
Alamak!!!...lari tajuk pula. Maaf la korang. Lain kali la Ahjumma cerita camne Ahjumma dapat kawal penyakit dan stress.
Tata titu tutu...
Assalamualaikum.
Ahjumma tetap berusaha untuk mencari jalan untuk sihatkan diri dan dapat hidup seperti orang lain yang bebas penyakit.
Alamak!!!...lari tajuk pula. Maaf la korang. Lain kali la Ahjumma cerita camne Ahjumma dapat kawal penyakit dan stress.
Tata titu tutu...
Assalamualaikum.

